"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari" -Saidina Ali-

Thursday, August 9, 2012

Niat utama kita memakai hijab

Assalamualaikum sahabat semua...

pejam celik pejam celik harini dh 21 Ramadhan, cepat je msa blalu kan. tinggal bpe hari je lg nk pose. Rase sedih lak nk tinggalkn ramadhan ni, ye lah tahun depan tak tau dpt mrsa ke x bulan yang mulia ni lagi... :(

ok lah, arini nur nak kite sume pikir balik ape sebnarnye tjuan kite pakai hijab? saje nk bfesyen ke? sekadar manis mata memandang ke? ikut trend ke? atau patuh kepada perintah Allah?

dalam Islam tak salah klu nk berfesyen, tak semestinya menutup aurat tu style or fesyennye tak up to date, we can wear anything as long as cara menutup aurat tu mengikut landasan yang betul. kadang-kadang bila terlalu asyik sangat dengan trend fesyen hat dok belit2 tu, macam2 style kluar, ade yang menyerupai Sister gereja pown ade. Subhanallah... dalam bfesyen ni jangan la sampai kita terlepas pandang NIAT UTAMA kita mengenakan hijab tu ye kawan2... :)

sewajarnya dgn hijab menutupi kepala dan badan, tugas mata2 liar di luar sana semakin sukar "membogelkan" wanita  secara visual tetapi dengan gaya fesyen yang kelihatan seperti rambut yg beralun beraneka warna dan perhiasan keterlaluan, tugas2 mata2 liar ni menjadi semakin mudah. tak perlu susah2 membayangkan rupa kita tanpa hijab kerana kain di kepala itu sendiri sudah menyerupai rambut.


"2 golongan penghuni neraka yg belum pernah ak lihat; golongn ptma yg membawa cemeti seperti ekor sapi untuk memukul membelasah orang. golongn kedua ialah wanita2 yg bpkaian (tapi) telanjang, menggoyangkan bdn & berlenggang-lenggok utk menggoda, rambut mereka seperti bonggol unta yg miring, mereka tidak masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, pdhal bau syurga itu tercium dari jarak yg jauh."

wahai shabat muslimat semua, bersederhanalah supaya niat murni utk menutup aurat itu x tercemar... ^_^

"wahai anak2 Adam! sesungguhnya kami telah menurunkan kpd kamu (bhn2 utk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakian perhiasan; dan pakaian yg berupa taqwa itulah yg sebaik2nya, yg demikian itu adalah dari tanda2 (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kpd hamba2Nya) supaya mereka mengenangnya (bersyukur)"

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga yg dsukainya cukup dgn 4 syarat saja :

-solat 5 waktu
-puasa di bulan Ramadhan
-taat kepada suami
-menjaga kehormatannya

akhir skali selamat menjalani ibadah puasa dgn penuh keimanan & keinsafan... :D




3 comments: